8 December 2011

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

1. Definisi Morfologi
Nik Safiah Karim (1996): Kamus Dewan Edisi Keempat (2005): Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993):
mengkaji

• Struktur.
• Bentuk.
• Penggolongan kata. kajian pembentukan kata
• Infleksi (pengimbuhan).
• Terbitan.
• Pemajmukan. mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata


2. EMPAT bentuk imbuhan
• Imbuhan awalan ialah imbuhan yang diletakkan pada awal kata.
• Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang diletakkan pada akhir kata.
• Imbuhan apitan ialah imbuhan yang letaknya pada awal dan akhir kata.
• Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang diletakkan pada tengah-tengah kata.

3. DUA bentuk kata majmuk
  • Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
  • Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

4. EMPAT golongan kata bahasa Melayu

  • kata nama, 
  • kata kerja, 
  • kata adjektif 
  • kata tugas.

5.
DUA jenis kata ganda bahasa Melayu
  •  Penggandaan penuh
  •  Penggandaan separa
6. Definisi bagi subjek dan predikat
    Subjek - Konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan
    Predikat - Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek

7. Dua jenis ayat tunggal
   1.  Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri. Cth:
              i.  Kamu.
             ii. Sudah?
            iii. Ini?

   2.  Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang  bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Cth:
              i.  di mana?
             ii.  ke Kuala Lumpur
            iii.  dari Terengganu

8. DUA jenis ayat majmuk keterangan
  • Keterangan musabab - merupakan unsur yang menerangkan sebab-sebab sesuatu kejadian atau perbuatan berlaku
  • Keterangan akibat - menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. 
9. Konsep morfem bebas dan morfem terikat.
Morfem ialah unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan.
• Unit yang terkecil dalam bahasa dan berfungsi gramatis.
• Dibahagikan kepada dua mengikut sifatnya, iaitu morfem bebas dan morfem terikat

10. Maksud kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.
Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan,

11. Jenis-jenis kata adjektif bahasa Melayu.
          i.  kata adjektif sifatan atau keadaan
         ii.  kata adjektif warna
        iii.  kata adjektif ukuran
        iv.  kata adjektif bentuk
         v.  kata adjektif waktu
        vi.  kata adjektif jarak
       vii.  kata adjektif cara
      viii.  kata adjektif perasaan
        ix.  kata adjektif pancaindera

12. Definisi imbuhan dan maksud imbuhan pinjaman.
Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk
lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.

13. Definisi ayat.
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

14. Konsep ayat aktif dan ayat pasif.
  • Ayat aktif dibahagikan kepada dua, iaitu aktif transitif, aktif tak transitif.
  • Ayat pasif dibahagikan tiga kumpulan, iaitu pasif dengan imbuhan kata kerja pasif, ayat pasif dengan kata ganti nama pertama dan kedua, dan pasif dengan perkataaan kena yang hadir sebelum kata kerja.

15. Jenis-jenis ayat majmuk bahasa Melayu.
  • ayat majmuk gabungan 
  • ayat majmuk pancangan 
  • ayat majmuk campuran 
  • ayat majmuk pasif 

16. Definisi klausa
Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat.

16. Pola-pola ayat dasar bahasa Melayu.
      I) Definisi Pola Ayat Dasar
        Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
     II) Jenis-jenis Ayat Dasar
        Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola seperti yang berikut:

  Pola Jenis Pola Subjek Predikat
       1. FN + FN Encik Shari ejen insuran
       2. FN + FK Dia menjerit kesakitan
       3. FN + FA Budak itu sangat nakal
       4. FN + FS Pejabat saya di Kuala Terengganu




MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Kata Kerja

Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

    1.   Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

1.1.            Kata Kerja Transitif Aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.
1.2.            Kata Kerja Transitif Pasif
Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.
Penyambut
Kata Kerja Transitif
Pembuat
Radio itu
didengari
Atan
Burung itu
ditangkap oleh
seekor kucing
Sayur itu
dijual oleh
seorang perempuan
Ikan itu
dijala oleh
Pak Abu
Surat itu
sedang ditulis oleh
bapa

    2. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

2.1.            Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).
Pembuat
Kata Kerja Tak Transitif
Keterangan
Kami
mandi
di tasik
Dia
senyum
semasa berjalan
Air sungai
beransur
surut
2.2.             Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.
Pembuat
Kata Kerja Tak Transitif
Rumahnya
roboh
Radio itu
berbunyi
Turunnya Union Jack itu,
Jalur Gemilang pula
berkibar

KATA BILANGAN

Dalam bahasa Melayu, kata bilangan ialah kata yang menyatakan banyaknya benda. Kata bilangan ada enam jenis iaitu:

1. Kata bilangan tentu
             Contoh: satu, dua, tiga
2. Kata bilangan tak tentu
             Contoh: beberapa, banyak, segala
3. Kata bilangan himpunan
             Contoh: kedua-dua, berbulan-bulan
4. Kata bilangan pecahan
             Contoh: setengah, tiga suku
5. Kata bilangan pecahan
             Contoh: tiap-tiap, masing-masing
6. Kata bilangan tingkat
             Contoh: pertama, kedua, ketiga

TATABAHASA BAHASA MELAYU

Jenis-jenis Ayat Bahasa Melayu
Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.
           Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada:

          1.  Ayat Aktif
  • Ayat aktif dengan kata kerja transitif
  • Ayat aktif dengan kata kerja pasif

          2.  Ayat Pasif
Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau menegaskan. Contohnya:
  • Perkara itu sudah diselesaikannya; atau
  • Perkara itu sudah diselesaikan
adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".
      3.  Ayat Perintah
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.

Jenis perintah
Contoh penggunaan

Perintah
Berdiri di atas kerusi itu.

Suruhan
Ikat tali kasut anda dengan betul.

Larangan
Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.

Permintaan
Tolong angkat baju itu.

Ajakan
Mengucaplah banyak-banyak.

Silaan
Sila jamu selera.

Doa
Syukurlah kamu sudah kembali.

Harapan
  Harap-harap hari tidak hujan.
















Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:
  • Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan.
  • Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.

      4.  Ayat Nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
  • Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
  • Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.
Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud. Contohnya:
Ayat biasa
Ayat nafi
Cadangannya harus diketepikan.
Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.
Kerja ketua memang susah.
Kerja ketua tidak pernah senang.

Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:
  1. Bukankah orang itu guru kamu?
  2. Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
  3. Anda sudah faham, bukan?

                Penggunaan dengan frasa nama

Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya:
  1. Ini bukan kucing.
  2. Malaysia bukan negara republik.
  3. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.
Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut:
  1. Dia bukan bodoh, tetapi malas.
  2. Dia bukan belajar, tetapi bermain.
Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":
  1. Dia tidak bodoh, tetapi malas.
  2. Dia tidak belajar, tetapi bermain.
Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.

 Penggunaan dengan frasa sendi

Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:
  1. Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
  2. Saya bukan dari sektor kerajaan.
  3. Malaysia bukan di benua Afrika.
  4. Buku ini bukan untuk anda.
Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

  Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

             5.  Ayat Tanya
             Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:

  Cara-cara untuk membentuk ayat tanya

  1.   Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata

Ayat penyata
Ayat tanya
Tetamu sudah tiba.
Tetamu sudah tiba?
Buah itu sudah masak.
Buah itu sudah masak?
Mereka hendak menolong kita.
Mereka hendak menolong kita?

Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.

  2.   Menggunakan partikel "kah"

Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:
Ayat penyata
Ayat tanya
Tetamu sudah tiba?
Sudah tibakah tetamu?
Buah itu sudah masak?
Sudah masakkah buah itu?
Mereka hendak menolong kita?
Hendak menolong kitakah mereka?

Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna.

                 3.   Menggunakan pelbagai kata

Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa, mengapa, mana, dan siapa.
Kata
Ayat tanya
Tanpa partikel "kah"
Dengan partikel "kah"
Ada
Tiada
Adakah cara saya ini betul?
Apa
Apa yang kamu beli tadi?
Apakah yang kamu beli tadi?
Bagaimana
Bagaimana cara untuk mendaftar diri?
Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?
Bila
Bila ayah kamu pulang?
Bilakah ayah kamu pulang?
Mengapa
Mengapa kamu datang lambat hari ini?.
Mengapakah kamu datang lambat hari ini?.
Mana
Mana ibu?
Manakah ibu?
Siapa
Siapa nama jiran baru kamu?
Siapakah nama jiran baru kamu?

Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.

                Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:
  • Tetamu sudah tibakah?
  • Buah itu sudah masakkah?
  • Mereka hendak menolong kitakah?
Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:
  • Tetamu sudah tibake?
  • Buah itu sudah masakke?
  • Mereka hendak menolong kitake?
"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.


      6.  Ayat Songsang
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
AYAT BIASA
→
SUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANG
→
PREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIF
→
OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
Jenis ayat
Susunan biasa
Susunan songsang
Ayat inti
Encik Yosri birokrat.
Birokratlah Encik Yosri.
Kucing itu ke sana.
Ke sana kucing itu.
Ayat tanya
Orang itu adik kamu?
Adik kamukah orang itu?
Kamu belum makan?
Belum makankah kamu?
Ayat pasif
Surat itu akan saya kirimkan.
Akan saya kirimkan surat itu.
Saya ketinggalan bas pada hari itu.
Ketinggalan bas saya pada hari itu.

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kah" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.
             7.  Ayat Inti
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
8. Ayat Gabungan
Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
  1. Ayat dengan ayat
  2. Subjek dengan subjek
  3. Predikat dengan predikat
  4. Adverba dengan adverba
  5. Objek dengan objek.
  6. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.

Jenis ayat gabungan
Ayat komponen
Ayat gabungan
Ayat dengan ayat
Abu amat rajin bekerja.
Majikan menaikkan gajinya.
Abu amat rajin bekerja dan majikan menaikkan gajinya.
Subjek dengan subjek
Ali suka makan manggis.
Ahmad suka makan manggis.
Ali dan Ahmad suka makan manggis.
Predikat dengan predikat
Mereka menghadiri ceramah itu.
Mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah.
Mereka menghadiri ceramah itu kerana mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah.
Adverba dengan adverba
Saya akan menghabiskan kerja itu besok.
Jika tidak jadi, saya akan menghabiskan kerja itu lusa.
Saya akan menghabiskan kerja itu besok atau lusa.
Objek dengan objek
Ibu membeli sayur di pasar.
Ibu membeli ikan di pasar.
Ibu membeli sayur dan ikan di pasar.
Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan
-
Sedangkan dia tidak dapat memasuki kolej itu, apatah lagi saya.

Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:
  1. Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar.
  2. Polar tidak percaya.
Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan yang berikut amat perlu digunakan:
Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya.

9. Ayat Pancangan

Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya:
  • Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
  • Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
  • Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan tentera Jepun.